Assalamualaikum wbt.
Happy? Happy
lah...hehehe
Sebenarnya happy
pasal berjaya juga impian, angan-angan, azam tahun baru yang entah berapa kali sudah
dilaung-laungkan hahahhaa. Apa lagi
kalau bukan azam mau kurus lah. Mesti
korang pun pasang azam yang sama kan....kan....kan....cepat mengaku hahahaha.
Alhamdulillah ada
perubahan walaupun tidak lah slim cam Erra Fazira hehehe, dalam 100% tu ada
dalam 50% - 55% lah, kira satu pencapaian yang baik bagi saya lah.
Kononnya diri sudah
sedar dan insaf bila tengok muka bulat semacam, ibarat belon yang diisi air
hahaha, tidak boleh sudah pakai jeans, terpaksa putih mata bila tengok blouse
yang comel-comel ala-ala korea , saiz kasut berubah dari 5 ke 6, kalau pakai
baju kurung cam nangka kena bungkus (ini kes perasan kurus hahaha) dan paling
hebat adalah lutut selalu sakit hahaha.
Memang sakit I tell you....tapi masa tu masih lagi dalam “denial” hahaha
sehingga lah tukar kad pekerja baru, terus rasa OMAIGAWD.................. WHAT
HAVE I DONE TO MYSELF (@_@).
I tot kan....my face
tidak lah secomel itu, ternyata silap besar. Eee kalau tengok balik gambar tu,
almost tidak percaya. Berat masa tu adalah 72kg, paling berat dalam sejarah
hidup.
Mula lah cari alternatif
untuk mulakan misi untuk kurus, saat itu Mr. Google adalah sahabat sejati,
sentiasa ada disisi hehehe. Baca itu
ini, buat research itu ini, test itu ini dan sebagainya lah. Banyak sebenarnya maklumat yang bagus tapi
tidak semestinya sesuai dengan diri kita.
Tapi kali ini saya menolak bulat-bulat semua produk pelansingan dan
sebagainya sebab sudah pernah cuba few products and as a result, all of them were
totally such a waste of money and bikin tambah gemuk ja (ini adalah pendapat
peribadi saya ya and don’t ask me what kind of product).
Cuma ada satu cara
sahaja yang belum cuba dengan sepenuh hati à makanan seimbang dan senaman. Easy kan? Paling murah lagi tapi ramai di antara
kita tidak mau cuba. Paling senang mau cakap adalah kita sebenarnya malas,
lebih suka jalan singkat (^_^).
Saya ingin kongsi
pengalaman saya yang tidak seberapa ini, manatau boleh beri inspirasi hehehe
perasannya saya.
Ini adalah gambar-gambar yang diambil tahun lepas dan few years back, sedih, lucu, kesal dan macam-macam perasaan lah tengok gambar ni, layankan ja lah.
Leher pun macam bersambung dengan dagu (T_T)
Misi Bermula.
Mac 2012
Memang susah mau ubah perangai kan, kalau malas tu malas lah kan tapi mau kuat semangat kalau tidak memang tidak berubah lah. Saya mulakan dengan berjalan kaki setiap petang dari jam 5:15 petang hingga 6:00 petang. Penat jangan cakap lah memang penat sebab jarangggggggggggggg bersenam kan hahahha. Bernafas pun dari mulut bukan dari hidung hahhaa boleh dengar second voice ooo.
Kalau tanya pasal makanan, masih lagi belum insaf kalau part yang ini hahaha. Makan nasi macam tiada lagi untuk esok hari cuma saya bersyukur sangat sebab sayur dan ikan adalah dalam kategori paling digemari dan must-have-dish, daging merah kurang sebab memang insaf sedia kala tentang yang ini kecuali hari-hari perayaan hahaha, ayam adalah pilihan terakhir. Minum air adalah paling bermasalah, memang kurang, kulit pun kering semacam jak, patut lah susah mau turun.
Ada juga cuba untuk detox, ikut lah pelan detox yang ada dalam Mr. Google, dapat juga buat hahaha tapi masih hangat-hangat tahi ayam.
....... bersambung ke Happy Part 2