Assalamualaikum wbt. dan hai semua (^_^)...
Wah...bunyi cam what is this? sambil kerut-kerut dahi hehehehe....ya MAKAN SECARA SIHAT! Healthy eating people (^_^)
Ya baru sekarang sedar bahawa makan secara sihat adalah cara yang paling baik untuk mengurangkan berat badan atau menambah berat badan, so pilih mana yang sesuai lah kan untuk diri sendiri.
Let me tell you my story and it gonna be a long post hehehe:
Kalau tengok diri sendiri, memang obes sudah lah sebab berat badan sudah mencecah 71kg.....die die die. Baru lah terkial-kial mau kurangkan berat badan (padan muka). Dulu, keterbergantungan kepada sistem sokongan untuk kurus adalah sangat tinggi hahaha. Ya, semua pun mau dicuba, itu lah ini lah but end of the day, oh...sungguh mengecewakan sebab berat badan naik lagi selepas berhenti (so .... memang kena bergantung terus lah kalau mau kurus).
Then ... baru terfikir mau aktif bersenam, so start lah jogging and brisk walk. Fun and sweating. Tapi masih juga proses pengurangan berat badan tu agak perlahan (like 1kg per 3 months...what???). Perasaan sedih tu memang lah 100% sebab semangat sudah berkobar-kobar kan.... impian untuk cecah angka 56kg tu cam semakin kabur.....uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhh
Ternyata....saya sudah melupakan satu perkara penting....memang paling penting iaitu MAKAN SECARA SIHAT. Sah-sah lah jadual pemakanan seharian tidak mengikut cara pemakanan yang betul dan juga hehehe terlalu banyak "so-called-the-cheat-day". Mana tidak berat tidak turun-turun.
Tidak perlu lah ikut pelan diet segala bagai sebab kita back to basic iaitu.....jeng jeng jeng......
Piramid Makanan
Atau lebih tepat kita rujuk Piramid Makanan Malaysia
Simple kan...? Selalunya perkara ini yang selalu kita abaikan, sama ada kita buat crash-diet, ganti pemakanan dengan slimming products atau makan secara berlebihan.
Saya rujuk laman web Kementerian Kesihatan Malaysia untuk cara pemakanan yang sihat, wow....punyalah banyak maklumat yang saya kira selama ini kebanyakkan kita tidak tahu pun kewujudannya. Hehehe macamana juga kan.....terpengaruh dengan pelbagai pelan diet yang fantastic ka ba boom hehehe.
Sekarang baru saya tahu, rupanya ada cara pemakanan yang sesuai untuk golongan yang tertentu seperti mereka yang sangat tidak aktif, sederhana aktif dan aktif.
Saya sangat berterima kasih kepada
Susu Sejat kerana melalui blog beliau saya tergerak hati untuk meninjau laman Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya sangat galakkan anda untuk melawati blog beliau kerana banyak maklumat yang dikongsikan.
Saya pun baru mula pelan pemakanan secara sihat ini secara rasminya bulan Mei lepas hehehe masih baru lagi tetapi PERCAYA LAH bahawa tiada yang lebih baik selain dari mengamalkan cara ini. Mula-mula memang susah, kadang-kadang terlebih alasan pun ada hahaha alasan malas lah yang paling tinggi sekali. Disiplin diri amat penting, macam kita ambil pelan pelansingan/produk pelansingan juga cuma bezanya di sini kos nya lebih jimat.
Baca punya baca, then baru lah faham. Seperti yang
Susu Sejat maklumkan dan amalkan, kita makan ikut keperluan kalori so setelah mendalami intipati kalori makanan hehehe ayat sungguh lah bombastik, saya ikut cadangan menu 2000 kalori sehari. Keperluan kalori ini adalah bagi kanak-kanak, remaja perempuan, wanita yang aktif secara sederhana dan lelaki yang tidak aktif (sumber dipetik dari flyer Makan Secara Sihat terbitan Bahagian Pendidikan Kesihatan & Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia).
Untuk itu, saya kurangkan makan di luar untuk sarapan pagi/makan tengahari, jimat masa dan kos kan. Masak sendiri dan bawa bekal ke pejabat. Begitu senang dan menjimatkan, yang paling penting kita dapat membiasakan diri untuk mengira berapa kalori yang dimakan sehari.
Jangan lupa untuk bersenam kerana setakat makan secara berhemah tidak menjamin kesihatan yang utuh kerana kita juga perlu menjadi aktif baru lah seimbang kan (^_^).
Lately, saya suka mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang saya selalu rasa tidak dapat lakukan kerana berbadan besar. Saya ikut larian 10km/7km, aktifkan diri dengan ZUMBA, hiking dan Insya Allah berenang. Bagi saya aktiviti seperti ini memerlukan seseorang yang hebat, ternyata saya silap. Semua orang boleh buat asal saja ada kemahuan.
Semoga saya berjaya meneruskan apa yang sedang saya buat sekarang ini untuk kehidupan yang lebih sihat.
UTAMAKAN KESIHATAN