Assalamualaikum wbt.
Yes...alhamdulillah....berat badan sudah berkurang sebanyak 2kg selama 6 hari berpuasa. Harus lah gembira kan pasal berat sudah turun, siapa yang tidak gembira. Berat sebelum puasa adalah 71kg tapi oleh kerana my office buat retreat akademik/pentadbiran pada 29 -31 Julai lepas maka kitaran pemakanan pun berubah secara mendadak hahaha. Ya lah dengan 6 kali makan sehari, menunya pun sedap2, jadi tu berat badan pun naik lah mendadak pergi 73.1kg. Macam sia-sia saja tu "power walk" selama 2 minggu setengah. Sedih juga lah.
Bila Ramadhan datang, niat untuk berat badan berkurang tu memang ada, hehehe semua orang pun gitu kan. Tapi itu lah sungguh unbelievable okeh sebab dapat kurang 2kg dalam 6 HARI! (sorry guys for bragging this too much hahaha).
Then....my motivational punya level pun terus lah meningkat. Let say in every 6 days turun 2kg, overall total 30 days adalah turun sebanyak 10kg = 60kg!!!!! (menari tarian hula hawaii hahaha)
Looking back at my diet plan kan, tiada lah bah yang konsisten but I managed to cut down my coffee addiction which is good. Di rumah pun start sudah tidak re-stock Nescafe botol besar. Gula pun ambil dalam kuantiti yang sikit. Susu cair @ susu pekat memang jarang guna, kalau guna susu cair saja untuk gantikan santan dalam masakan or manisan. Maggi pun sudah jarang makan, kadang kala saja itu pun kalau sudah datang tu penyakit malas tahap gaban.
Kalau suruh saya cuba produk untuk menguruskan badan, memang saya akan tolak lah sebab sudah pernah cuba banyak produk yang mana amat susah untuk maintain pelan hahahaha. Bila bercakap pasal produk ni kan, pernah saya di "approach" oleh kawan lama untuk cuba dorang punya slimming program, memang bagus lah bagi orang yang mau short cut sebab dia bilang gerenti dalam 3 bulan ikut plan ni memang kurus lah. Flipped over testimoni memang nampak kurus dan menarik lah but still saya tidak interested. Saya ni jenis yang suka taking my sweet time untuk betul2 buat satu2 benda tu. Geram juga sama kawan tu sebab when I said I'll think about it and will contact you later, she still pushing me (walaupun cara pushing dia tu tidak over cuma soft saja hehehe).
Anyway, kalau ikut hati memang mau short cut semua tu, cuma saya belum pernah lagi cuba pelan pemakanan yang seimbang dan senaman yang konsisten. Itu yang membuatkan saya berfikir, all this time kan saya invested for nothing sebab kesan itu tiada. Betul kan, sebab kita tidak sepenuh hati sebab bergantung sepenuhnya dengan produk/pelan tu. Ndak sanggup saya mau kira berapa sudah habis tu $$$$.
One more thing, kalau kita tengok selebriti antarabangsa pun (yeah kedapatan sudah suka baca those entertainment magazine or online) ambil berat tentang pemakanan dorang walau pun ada kalanya diet dorang gila-gila dan mengamalkan senaman secara konsisten tiap minggu, untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik ... dalam erti kata lain KURUS LAH BAH TU hahahaa.
Dorang lagi banyak duit kan, ketepikan lah tu kegilaan dorang untuk botox, plastic surgery etc, kita ikut dorang punya semangat tu saja pun sudah cukup. Betul tidak....
Punya panjang bebelan saya ni kali hahahaha.
Sebab itu lah macam saya sudah disedarkan dari dreaming kononnya. Kalau orang tegur ---> oii gemuk sudah kau sekarang ini kan, napa ko gemuk sudah ni? dan banyak lagi lah komen yang menghiris perasaan ini, sakit hati kan tapi saya sendiri tiada inisiatif untuk berubah. Malar meratapi konon tapi begitu saja lah meratap hiba.
Oleh itu...saya harus berubah! Ya...bila saya baca blog mereka ini, ini, dan banyak lagi, saya pun cakap dengan diri sendiri, why not gunakan sepenuhnya peluang di bulan Ramadhan yang mulia ini untuk mengurangkan berat badan disamping mengerjakan amalan-amalan yang lain.
Insya Allah, niat untuk mendapatkan berat at least lah kan 55kg sebelum hujung tahun ini akan tercapai.
Fighting...Ganbatte!
p/s: Well ini hanya lah pendapat saya sendiri dan tiada kena mengena sama orang lain, minta maaf kalau ada yang terasa.
2 comments:
aduh sama lah yg di sini ni... baby sudah mau masuk 4 bulan..saya semakin bulat pulak... org lain anak baru 2 bulan sudah jadi lidi... I guess memang pemakanan...
kalau kita makan makanan yg betul dan rajin bersenam pasti kurus lah... (cuma saya ni pemalas...) uh huuuuuu...
cia yow chia yow!!
Cath - iya betul memang pemakanan kita juga ni kan, hahaha sama lah bah kita hahaha malas tu menjadi2 tp kali ni saya mo cuba lah manatau kan..btw I like your blog punya new look simple but sophisticated ^_^
Post a Comment