Happy Part 1

Assalamualaikum wbt.

Happy? Happy lah...hehehe

Sebenarnya happy pasal berjaya juga impian, angan-angan, azam tahun baru yang entah berapa kali sudah dilaung-laungkan hahahhaa.  Apa lagi kalau bukan azam mau kurus lah.  Mesti korang pun pasang azam yang sama kan....kan....kan....cepat mengaku hahahaha.

Alhamdulillah ada perubahan walaupun tidak lah slim cam Erra Fazira hehehe, dalam 100% tu ada dalam 50% - 55% lah, kira satu pencapaian yang baik bagi saya lah.

Kononnya diri sudah sedar dan insaf bila tengok muka bulat semacam, ibarat belon yang diisi air hahaha, tidak boleh sudah pakai jeans, terpaksa putih mata bila tengok blouse yang comel-comel ala-ala korea , saiz kasut berubah dari 5 ke 6, kalau pakai baju kurung cam nangka kena bungkus (ini kes perasan kurus hahaha) dan paling hebat adalah lutut selalu sakit hahaha.  Memang sakit I tell you....tapi masa tu masih lagi dalam “denial” hahaha sehingga lah tukar kad pekerja baru, terus rasa OMAIGAWD.................. WHAT HAVE I DONE TO MYSELF (@_@).

I tot kan....my face tidak lah secomel itu, ternyata silap besar. Eee kalau tengok balik gambar tu, almost tidak percaya. Berat masa tu adalah 72kg, paling berat dalam sejarah hidup.

Mula lah cari alternatif untuk mulakan misi untuk kurus, saat itu Mr. Google adalah sahabat sejati, sentiasa ada disisi hehehe.  Baca itu ini, buat research itu ini, test itu ini dan sebagainya lah.  Banyak sebenarnya maklumat yang bagus tapi tidak semestinya sesuai dengan diri kita.  Tapi kali ini saya menolak bulat-bulat semua produk pelansingan dan sebagainya sebab sudah pernah cuba few products and as a result, all of them were totally such a waste of money and bikin tambah gemuk ja (ini adalah pendapat peribadi saya ya and don’t ask me what kind of product).

Cuma ada satu cara sahaja yang belum cuba dengan sepenuh hati à makanan seimbang dan senaman.  Easy kan? Paling murah lagi tapi ramai di antara kita tidak mau cuba. Paling senang mau cakap adalah kita sebenarnya malas, lebih suka jalan singkat (^_^).

Saya ingin kongsi pengalaman saya yang tidak seberapa ini, manatau boleh beri inspirasi hehehe perasannya saya.

Ini adalah gambar-gambar yang diambil tahun lepas dan few years back, sedih, lucu, kesal dan macam-macam perasaan lah tengok gambar ni, layankan ja lah.







Leher pun macam bersambung dengan dagu (T_T)


Misi Bermula.

Mac 2012

Memang susah mau ubah perangai kan, kalau malas tu malas lah kan tapi mau kuat semangat kalau tidak memang tidak berubah lah.  Saya mulakan dengan berjalan kaki setiap petang dari jam 5:15 petang hingga 6:00 petang. Penat jangan cakap lah memang penat sebab jarangggggggggggggg bersenam kan hahahha.  Bernafas pun dari mulut bukan dari hidung hahhaa boleh dengar second voice ooo.

Kalau tanya pasal makanan, masih lagi belum insaf kalau part yang ini hahaha. Makan nasi macam tiada lagi untuk esok hari cuma saya bersyukur sangat sebab sayur dan ikan adalah dalam kategori paling digemari dan must-have-dish, daging merah kurang sebab memang insaf sedia kala tentang yang ini kecuali hari-hari perayaan hahaha, ayam adalah pilihan terakhir.  Minum air adalah paling bermasalah, memang kurang, kulit pun kering semacam jak, patut lah susah mau turun.

Ada juga cuba untuk detox, ikut lah pelan detox yang ada dalam Mr. Google, dapat juga buat hahaha tapi masih hangat-hangat tahi ayam.



....... bersambung ke Happy Part 2



www.tips-fb.com
Happy New Year 2013
Assalamualaikum wbt.

Hallo people.........................I MISS YOU.

Banyak benda yang mau dicerita tapi nanti lah.  

Selamat Tahun Baru 2013, semoga apa sahaja yang diimpikan akan tercapai.


www.tips-fb.com
Cath J's June 2012 Giveaway
Salam & Hai Semua (^_^).......




Cantik kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....... jadi saya pun dengan sangat gembira mau ikut ni GA lalalalalala......

Pernah ikut sekali duuuuuuuuluuu but can't really remember when hahaha.  Tapi oleh kerana agak kebingungan skit maka ndak dapat lah terjoin huhuhu...melepas peluang gue.

Manatau ada luck kali ni, kalau teda pun ndak pa bah, next time boleh cuba dan cuba dan cuba dan cubaaaaaaaaa lagi hehehe.

Bah...siapa-siapa pun boleh juga ikut ni, so kalau berminat sila lah melawat blog kawan saya ni di sini. Ada disertakan tu syarat-syarat tapi semuanya pun senang ja hehehe don't worry.

Wish me luck (^_^)

www.tips-fb.com
Sunset Zumba with Michelle Koh



www.tips-fb.com
New Look (^_^)
Assalamualaikum wbt & hi y'all....


Selepas sebulan hehehe....


Kulit kepala pun sudah okeh hehehe.


www.tips-fb.com
Hidup Mesti Sihat, Makan Secara Sihat
Assalamualaikum wbt. dan hai semua (^_^)...


Wah...bunyi cam what is this? sambil kerut-kerut dahi hehehehe....ya MAKAN SECARA SIHAT! Healthy eating people (^_^)


Source:  Google


Ya baru sekarang sedar bahawa makan secara sihat adalah cara yang paling baik untuk mengurangkan berat badan atau menambah berat badan, so pilih mana yang sesuai lah kan untuk diri sendiri. 

Let me tell you my story and it gonna be a long post hehehe:

Source:  Google

Kalau tengok diri sendiri, memang obes sudah lah sebab berat badan sudah mencecah 71kg.....die die die.  Baru lah terkial-kial mau kurangkan berat badan (padan muka).  Dulu, keterbergantungan kepada sistem sokongan untuk kurus adalah sangat tinggi hahaha.  Ya, semua pun mau dicuba, itu lah ini lah but end of the day, oh...sungguh mengecewakan sebab berat badan naik lagi selepas berhenti (so .... memang kena bergantung terus lah kalau mau kurus).

Source: Google

Then ... baru terfikir mau aktif bersenam, so start lah jogging and brisk walk.  Fun and sweating.  Tapi masih juga proses pengurangan berat badan tu agak perlahan (like 1kg per 3 months...what???).  Perasaan sedih tu memang lah 100% sebab semangat sudah berkobar-kobar kan.... impian untuk cecah angka 56kg tu cam semakin kabur.....uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhh


Source:  Google


Ternyata....saya sudah melupakan satu perkara penting....memang paling penting iaitu MAKAN SECARA SIHAT. Sah-sah lah jadual pemakanan seharian tidak mengikut cara pemakanan yang betul dan juga hehehe terlalu banyak "so-called-the-cheat-day".  Mana tidak berat tidak turun-turun.

Tidak perlu lah ikut pelan diet segala bagai sebab kita back to basic iaitu.....jeng jeng jeng......


Piramid Makanan

Source:  Google


Atau lebih tepat kita rujuk Piramid Makanan Malaysia



Source: MOH


Simple kan...?  Selalunya perkara ini yang selalu kita abaikan, sama ada kita buat crash-diet, ganti pemakanan dengan slimming products atau makan secara berlebihan.

Saya rujuk laman web Kementerian Kesihatan Malaysia untuk cara pemakanan yang sihat, wow....punyalah banyak maklumat yang saya kira selama ini kebanyakkan kita tidak tahu pun kewujudannya.  Hehehe macamana juga kan.....terpengaruh dengan pelbagai pelan diet yang fantastic ka ba boom hehehe.

Sekarang baru saya tahu, rupanya ada cara pemakanan yang sesuai untuk golongan yang tertentu seperti mereka yang sangat tidak aktif, sederhana aktif dan aktif.  

Saya sangat berterima kasih kepada Susu Sejat kerana melalui blog beliau saya tergerak hati untuk meninjau laman Kementerian Kesihatan Malaysia.  Saya sangat galakkan anda untuk melawati blog beliau kerana banyak maklumat yang dikongsikan.

Source:  Google

Saya pun baru mula pelan pemakanan secara sihat ini secara rasminya bulan Mei lepas hehehe masih baru lagi tetapi PERCAYA LAH bahawa tiada yang lebih baik selain dari mengamalkan cara ini.  Mula-mula memang susah, kadang-kadang terlebih alasan pun ada hahaha alasan malas lah yang paling tinggi sekali.  Disiplin diri amat penting, macam kita ambil pelan pelansingan/produk pelansingan juga cuma bezanya di sini kos nya lebih jimat.

Baca punya baca, then baru lah faham.  Seperti yang Susu Sejat maklumkan dan amalkan, kita makan ikut keperluan kalori so setelah mendalami intipati kalori makanan hehehe ayat sungguh lah bombastik, saya ikut cadangan menu 2000 kalori sehari.  Keperluan kalori ini adalah bagi kanak-kanak, remaja perempuan, wanita yang aktif secara sederhana dan lelaki yang tidak aktif (sumber dipetik dari flyer Makan Secara Sihat terbitan Bahagian Pendidikan Kesihatan & Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia).



Source:  Google

Untuk itu, saya kurangkan makan di luar untuk sarapan pagi/makan tengahari, jimat masa dan kos kan.  Masak sendiri dan bawa bekal ke pejabat.  Begitu senang dan menjimatkan, yang paling penting kita dapat membiasakan diri untuk mengira berapa kalori yang dimakan sehari.


Source:  Google

Jangan lupa untuk bersenam kerana setakat makan secara berhemah tidak menjamin kesihatan yang utuh kerana kita juga perlu menjadi aktif baru lah seimbang kan (^_^).

Source:  Google


Source:  Google

Lately, saya suka mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang saya selalu rasa tidak dapat lakukan kerana berbadan besar.  Saya ikut larian 10km/7km, aktifkan diri dengan ZUMBA, hiking dan Insya Allah berenang.  Bagi saya aktiviti seperti ini memerlukan seseorang yang hebat, ternyata saya silap.  Semua orang boleh buat asal saja ada kemahuan.

Semoga saya berjaya meneruskan apa yang sedang saya buat sekarang ini untuk kehidupan yang lebih sihat. 

UTAMAKAN KESIHATAN




www.tips-fb.com
7K Sunset Charity Run 2012
Assalamualaikum wbt and hi y'all (^_^)




Save the date....can't hardly wait to run again (^_^)


www.tips-fb.com