Amarah Kimora Di Laut Biru
Hari ini batas kesabaran telah sampai ke kemuncaknya bila saya dipersoalkan tentang bagaimana untuk menyelesaikan tugasan bagi persiapan untuk bengkel sehari minggu depan yang mana tugasan itu hanya SAYA saja yang dipertanggungjawabkan setelah orang yang sepatutnya dipertanggungjawabkan telah pergi ke satu tempat untuk tugasan lain.

Bukan saya tidak dapat menyelesaikan perkara itu tapi dengan keadaan talian komunikasi (telefon) yang sungguh BANGANG itu telah membataskan kelancaran tugasan itu. Siap ditanya lagi ----> bagaimana kamu mau menyelesaikannya? Kalau telefon tidak berfungsi, jadi apa lah yang kamu buat? Jamuan makan tengahari pun tiada lah?

JADI SELAMA INI SAYA GOYANG KAKI PADAHAL ADA LAGI ORANG LAIN YANG DUDUK DIAM DALAM BILIK DAN TIDAK DIKETAHUI APA FUNGSI SEBENARNYA JAWATANNYA? SELAMA INI SAYA TIDAK TEMPAH BILIK UNTUK BENGKEL? SELAMA INI SAYA TIDAK TANYA ITU INI DENGAN PEGAWAI YANG PATUT DIHUBUNGI? HANYA KERANA TENSION MENYIAPKAN SATU BORANG BODOH ITU, SAYA JADI MANGSA PELAMPISAN AMARAH?

Saya berusaha untuk menghubungi pihak yang berkenaan untuk bertanyakan kenapa lagi talian telefon tidak berfungsi. Saya juga tension bila mengetahui bahawa permasalahan itu masih belum diketahui puncanya tapi saya tetap bersabar dan senyum macam orang bodoh bila bercakap di HANDPHONE peribadi saya.

Saya tidak kisah dimarahi walaupun kesilapan itu bukan kesilapan yang saya lakukan dan saya sentiasa senyum walaupun terpaksa menatap wajah masam mencuka TAPI JANGAN MENIDAKKAN APA YANG TELAH SAYA USAHAKAN SEBELUM INI.

Hari ini saya rasa kesabaran saya sudah melebihi takat yang sepatutnya. Ekspresi muka sudah menunjukkan emosi yang membuak tapi saya cuba untuk tidak melampiaskannya atas dasar ETIKA KERJA. Mungkin juga disedari oleh orang itu. Dengan emosi amarah tahap dewa itu, saya memandu ke TT untuk cuba menyelesaikan tugasan itu tapi saya akhirnya tewas di tengah jalan dan menangis bagi meluahkan amarah.

Saya cuba menyampaikan semua maklumat yang telah diperolehi dan orang itu sendiri tidak tahu bagaimana mau menyelesaikan satu perkara yang dipersoalkan kepada saya. Rasa hormat saya masih ada, saya cuba menyelesaikan permasalahan itu dengan rakan sepejabat. Tapi hairan ya mengapa masih perlu merumitkan perkara yang senang. Agaknya orang yang bijak pandai ini suka merumitkan sesuatu perkara, akhirnya yang tertindas orang bawahan juga.

Perasaan marah saya sudah tidak ada lagi tapi satu perasaan lain menular dalam hati. Saya tidak tahu mau menggelarkan apa perasaan itu tapi yang pasti ianya sesuatu yang tidak baik. Saya akan cuba untuk menghindarkan perasaan itu dalam beberapa hari ini.

Terima kasih kerana membaca.




www.tips-fb.com

4 comments:

Luahan perasaan cara begini adalah lebih baik kerana lebih ramai orang membacanya..lebih ramai lah orang memahami golongan seperti kita..yang sering 'tertindas' Walau apa pun, pejuangan tu mesti diteruskan...

Sabarlah Kimora kerana org kata org Sabah memang sabar2 belaka :)

sabar sgr yerk sist! YES, crying is the best way to release ur tension.. then baru laa lega rasanya

^-^ sm la kita tuh... sy tepaksa buat paper work yg sy sendiri TIDAK ada maklumat langsung!!! antam jak la...